salam alaikkkk~

mmang agak2, agak2 lama aku tak menulis dan as ini, insyaAllah adalah entry terakhir buat Minds of Kaito.
Aku cadang nak buat laen minds of kaito yg lebih baek dan elook, nnti2 kang aku bg adressnya insyaAllah.

 

ap khabar korang? aku sehat2, tgh study chem unit 6 (time menulis ni), esok last paper of a-level, merangkap hari2 akhir aku kat intec.

ye, sampai sini dulu. (erk, ada 5 paper past years lagi yg nak kene tgk2kan).
rest jap.

erm, dalam pejam2 celik, cepatnya masa berlalu. aku pun da nak habis da life kat intec, dan tahun ini, 2008 betul2 ubah idup aku, yg aku, bg aku, tahun penentu, and after this, my life would be totally diffrent,

a-level, so far, mencabar bg aku, ad care less  (unit 6 bio tadi, ya ALlah, banyak dosa aku sampai terhijab ke?) 

unit 4 and 5 chem bio last week, betul2 gila! aku pun tak brapa nak harap sangat, dan da terima nasib yg Allah nak bg.
usaha2 da usaha tapu lepas usaha kita serah kat Allah kan?

tadi pulak, pn rita wat pengumunan yg tak best. btn kami ditangguh ke 14 julai. aAaaA, menjerit2 aku. jenuh nak kene datang laen dan jenuh nak wat clearance.

banyak barang2 aku dari sem 3.

dan sangat2 sedih. aku kene tinggalkan suma ni, all my frens; pas ni bertuah la nak jumpa balik masing2 bawak diri masing.

Allah sendiri takdir kan aku berpisah ngan sahabat aku, bukan sorang tp both. yea, mmg perit, sangat2 perit dan tak tertanggung.
dan dalam ujian ALlah ni aku sendiri tgk camne satu2 hikmah.

at least ak dapat belajar, bila kita dapat ke langit, jgn lupa bumi, apatah lagi kita pernah memijak bumi tu. biasa la terkilan. but, ak mmg tak patut pun, dia lebih berhak.

life at intec, ya Allah, betul2 tak dapat diganti, pengalaman n ilmu yg aku dapat, betul2 change aku 180 or 270 degree ( kalo 360, kembali ke tempat asal, sesarannye kosong :p).
bila fikir2 nak lepas semua ni, trasa nak nanges2.

but, still life must go on.

sedey sangat nak tinggal sini, nak tinggal semua. dan aku yg amat bernasib baek, yg Allah bg jalan laen, btul2 aku redha, biarlah.

bg aku, pembinaan diri aku menujuNya lebih penting. pembinaan menemukan dia itu juga penting.
perjalanan menjadi seorang dr itu penting, macam entry aku sebelum ni, yg penting, hujung nanti.

heh, macam hess law plak, enthalpy change is independent of the route of reaction~

and of course i will be missing semua ini, all the happiness, frens, life here.

  my classmate, mama( ma, thanks a lot!!!), fa-c team~

and all the memories.

kat sini, Allah temukan aku dengan sahabat yg aku tak pernah fikir akan bersua sbb kami terpisah dek jarak.

dan kami berpisah lagi; mungkin kali ini sampai mati.
doa2kan kamu sahabat, moga bahagia dan berjaya selalu.

aku pun tatau apa nak jadi pas balik kang.
goyang2 kaki, tunggu result n pegi mana2 tempat yg Allah da tetapkan.

aku betul3 dah reda, suma serah kat DIA da~

aA, okeh2 sampai sini dulu, thanks for ur all support, insyaALlah, balik cuti kang i try to made better minds of kaito.
a-level is about over esok. harap2 pas ni, semua jadi lebih baek. insyaAllah.

sampai sini,

kaito~ 

Advertisements

salam alaik;
sori even ak free dalam week ni tapi takdak entry. napa? tak brapa stabil skit idup, tetambah lagi pas reramai “the chosen” dipanggil jumpa head of program ari tu. macam2. kusut. (insyaAllah. Allah tahu, kaito2, tenang.)

oh ye, dan jugak, ap yang ak nak bising2 pasal ni, sepatutnya ak tulis jumaat malam ari tu, but then; pasal itu la, pas dipanggil jumpa head of program, macam2 jd.

dan oh ye jugak, ini maybe entry last untuk minggu ni, sbb minggu depan, jadual exam aku sangat pack; 4 hari berturut2, total 9 paper suma[ 16 paper to go]. haish, so minggu ni mmg kene struggle betul2.

apa khabar korang? apa khabar yang sudi luangkan masa skit, insyaAllah; singgah2 jap, baca tulisan aku yang biasa2 ni. moga korang terus sehat2 selalu; moga terus luar biasa sehatnya dan luar biasa hebatnya, kita adalah apa yang kita fikir sbb minda kita ni semacam satu papan hitam, yg kita boleh tulis apa2 pasal diri kita, tentang apa yang kita nak jadi, apa yang kita nak dapat, faham?????(kalo tak paham tu, wat2 la paham, insyaAllah, lelama nnti faham la) hehe, itu baru mukadhimah.

ha, exams, susah ke? ( aku bukan nak kerek okay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
takde la, last week my fren tanye;

psyduck_skodeng (5/23/2008 1:06:23 AM): susah ke ha?
silent_1412 (5/23/2008 1:06:47 AM): taktau nak define susah cik husna.
silent_1412 (5/23/2008 1:06:54 AM): bg sy, kalo ad ilmu; ckup la tu
silent_1412 (5/23/2008 1:07:01 AM): insyaAllah jawab.
silent_1412 (5/23/2008 1:07:20 AM): susah tu kire macam mana kita boleh manipulate ilmu yg kita ad
silent_1412 (5/23/2008 1:07:27 AM): untuk jawab soklan tu~
silent_1412 (5/23/2008 1:07:48 AM): selalunya iQbaL bg rating “mencabar” kat soklan2 susah.
silent_1412 (5/23/2008 1:08:07 AM): so far, takde la susah, yg penting kene faham~
silent_1412 (5/23/2008 1:08:08 AM): itu je
silent_1412 (5/23/2008 1:08:15 AM):
psyduck_skodeng (5/23/2008 1:08:25 AM): owh..panjang benar ulasan itu..

ha, dan itu kata aku.
napa aku ckap gitu, ntah la. maybe ad sbb aku pernah tanye senior aku pasal exam agama, ak tanye,”itu susah ke?” dan dia slumber jawab, “tgk la, kalo da study tu no hal la, kalo tak study itu yang cari pasal”.

itu la yang aku nak bising2, bukan nak kerek. bg aku, (hope pasni, bagi korang sama la); exams tu, insyaAllah tak susah dan kita mampu wat. cuma bagaimana persediaan kita nak hadapi exams itu yang penting. persediaan itu plak, insyaAllah secara menyeluruh, biaq sedia fizikalnya; stabil emosinya, teguh spiritualnya.ilmu yang ada tu, bagi2kan cukup, revise2 la selalu (pesan2 untuk aku jugak ni). kalo tak faham sumthing, try figure out sendiri dulu; kalo tak leh gak, tanye kengkwan.

dan tak lupa, yakin ngan diri korang. sebb kita suma boleh, dan Allah bg kita kebolehan itu. mungkin ad sahabat, kengkwan yg kata aku bijak(ahamdulillah), tapi; personally, bagi aku biasa2 aje. aku ni biasa2 saja; cuma aku ada ilmu sikit dan ilmu itu milik Allah. bila2 masa ja DIA boleh ambik balik. ye, aku biasa2 aje. bg aku, kebijaksanaan itu adalah ability masing2 untuk digest input (ilmu) yang kita dapat; dan camne kita nak gunakannya sebagai output (time jwab exams) nanti.

kita masing2 ada thap2 sendiri untuk nak digest ilmu tu, so dun wory kalo tgh kwan sebelah study n kerek2. yang penting, kita kene faham camne cara kita study and happy with that even slow; sbb yang penting kualiti ilmu tu, either kita faham ke tak; bukan kuantiti yg kita study. (ye la, aku faham banyak nak kene study). fikir2 kan, kalo korang study 5 buah BUKU satu malam, tapi masuk tak masuk, ingat tak ingat je, better 5 buah TOPIK dalam 1 BUKU yang korang dapat digest ilmunye, faham konsepnya, kan? (insyaAllah). apa2 pun, ingat, kita ad cara masing2 untuk handle ilmu( study) itu and kita tahu cara apa yang the best untuk kita study and of course, istiqamah (eerr, ini mmg pesan untuk diri aku, haish; susah betul nak istiqamah).

dab bila exams; insyaAllah, pas kita usaha tu, dah rasa2 cukup, serah2kan la kat Allah. mintak DIA tolong kita time jawab nnti; doa banyak. dan ini bukan nak kerek gak; bg aku, sejak dari sekolah rendah dulu, exams tu, “masuk dewan exams, jawab dan tunggu result”. maksud aku kat sini, bila kita ad banyak2 paper, but then bila kita da habis satu paper, aku jenis tak suka bincang paper yang aku wat tadi; sbb benda tu da wat, so tunggu je la resultnya. takde la, sbb kalo kita discuss; then tgk2 kita salah, it is may affect on our phycological kita untuk perform the best untuk next paper, so tgk tak pepasal je rugi. atas2 yang kita usaha tu, insyaAllah; kita serah2 kat DIA.

dan panjang2 ni, aku nak stop da, cukup la skit2; kita sambung hari laen kang, aku nak study bio unit 1 pasni; sebagai nak endingnya, bila exams tu, wat betul2. my prinsip (zeh, jgn lupa tau!)”exams ni sekali je, sama ad nak wat betul2 or baek takyah wat langsung”. pkir2kan. haAh, (pesan2 untuk aku gak ni, jgn lagha!!!!!!!!!); sebab itu la aku sanggup tak balik umah( da 3 bulan tak balikkkkkk) even ad cuti seminggu ni, bg aku, a-level ni sekali je, so buat la betul2; kang pas a-level nnti kang, balik lepak kat umah tu puas2. lgpun, skrang kat intec ni, ak hanya tinggal a-level je, da takdak ap2 da. and sebab da takdak ap2 aku tak gi annual alm diner. biar la, ak da takdak ap2. =). okeh, till then, sampai sini saja, harap2 berguna untuk korang.

semoga bermanfaat~
kaito
p/s- sedih nak tinggal intec, sure rindu amat 3 bulan tu.

salam alaik!!!
entah, kata aku, “malam ini hujan.” 
kata orang sebelah ni, “eh, mana ada, tenang aja”.
kata aku lagi, “malam ini hujan.”

ap khabar korang? sehat? harap2 begitula, harap2 sentiasa sehat, sentiasa luar biasa hebatnya. aku? insyaAllah; suma ni dengan izinNya.

kata aku, “ujian Allah ini, ibaratnya cutting prosess untuk jadikan sebutir permata itu lebih cantik, lebih berharga dan bersinar; maka kita itu adalah permatanya.”

ya, malam ini hujan, dan aku diuji lagi. pernah korang didiskriminasi di tanah air sendiri, sehingga terlepas satu peluang yang betul2 ubah hidup korang? ye, DIDISKRIMINASI!. kata aku, “itu ujian lagi”.

sepi.

pernah korang, diterus menerus ditutup peluang untuk menggapai cita2 sendiri?
kata aku, “lagi2 ujian.”

sepi.

okey, aku tidak menyalahkan sesiapa, bahkan apatah lagi menyesali takdir. tidak pun. cuma terkilan sikit. apa cita? biar la disimpan rapat2. pokoknya, kalo korang punya kuasa untuk memilih nnti, jgn la diskrimanasi orang laen, maybe sebab die sebangsa or cantik sket; takde pekdahnya menutup peluang orang laen. biar la Allah yang balas suma. insyaAllah.

entah la, kenapa malam ini hujan? tergiang2 lagu “disebalik awan” tu, mendayu2.
mungkin sebab suma dah berlalu, dan aku betul2 didesak takdir. alhamdulillah. itu ujian.

dah 2 tahun kat sini, terasa macam penat lelah tu; sia-sia, tapi aku yakin, Allah kata tak. aku still yakin Allah sediakan sesuatu yang lebih baek, macam DIA selalu wat dan macam DIA selalu bagi, alhamdulillah.

apa yang boleh aku wat, terus melangkah, terus focus ngan A-level, ad 16 paper lagi; go2 kaito~. 
pas paper stat, head program panggil yg the exile ni, (kata aku, kami bukan “the exile”, but “the chosen” )
katanya (ditranslatekan direct to the point by me) “takde nye, korang siap2 mimpikan yang laen ye”.
(sori la, story ni dicut2 atas sebab2 yang bersebab)
dan pesannya, “yang dok guna past years tu, hati2 sket”. haAHah

pegang tanganku ini, dan rasakan yang kuderita. 

p/s-sahabat, aku menyayangimu itu; sejak 2 tahun lalu, kini dan terus; adalah kasihku untuk seorang sahabat, daripada seorang sahabat kerana Allah. Moga kamu bahagia selalu, dan ingat; kejayaan dan kegembiraan fad itu, juga kegembiraan dan kejayaan aku; kejayaan kamu itu kegembiraan aku; dan kegembiraan kamu itu kejayaan aku.

 

itu, bak kata ilah,”yang penting, hati“. :-p

 

ha? apa khabar korng yg sudi singgah, sudi baca. harap selalu sehat, dan sentiasa luar biasa, dan hebat sehatnya; harap tiap2 hari kita berusaha untuk jd lebih baek daripada semalam; dan merancang esok untuk jd lebih baek; tp ingat, melaksanakan rancangan hari ini, meski tak sempurna, lebih baek daripada satu perancangan sempurna esok yg belum tentu terlaksana. ingat tu! (pesan2 untuk diri jugak, heheh)

 

ha, yang penting hati. ada ap dengan itu? haHahah, itu kata ilah bila study grup kami; musyuk, zur ngan ak bising2 pasal shah alam ni panas. boleh la malam tu dia tidur dalam surau akasia yg beraircond; yg kami ni berasap2 je kat bilik.

 

okeh, citer lebih2 pasal tu tak penting, bak kata ilah, “yang penting, hati”. kata aku? ……..(mcm besa la, blurrr…; eh2 lawak je)

aku menulis ni dalam mengisi waktu nak ke practical japgi, 2 hari lepas dat wat my 4th paper, japgi the 5th and ad 17 paper to go! (go2! kaito).

apa2 pun, yang penting hati. kata aku, kalo kita nak wat ap2 pun, bermula daripada hati, berangkat daripada niat, ye tak?; sebab tu pesan orang lama(sopan sket ek, :-)), hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, (pesan aku, kalo nak, boleh!)

btw, hati yang aku nak bising2 ini bukan liver yang function die assimilate, hasilkan hempedu ngan detoxify toxin dalam badan tu; ini hati al qalbu; kalbu kata org. 

bila kita da punya hati, dan dengan hati kita wat sesuatu; insyaAllah, satu yang pedih dan sukar pun jadi seronok dan mudah; yang liat nak wat tu jadi tegal, boleh jadi tabiat dan kebiasaan, (kan2?)

 

bila hati kata “nak!”; insyaAllah dengan penuh kesedaran, menggerakkan diri untuk mencapai matlamat; kalo ad gunung pun, sanggup didaki, kalo ada lautan pun, sanggup (macam org bercinta plak… huu). tapi kalo da dalam hati tu meluat, tak berkenan; elok, baek macam mana pun sumthing tu, tetap terasa malas nak wat (ala, ambik contoh study sudah la, faham2 sendiri la, takkan aku nak terang lagi kot, haHahHah)okeh, itu dalam apa2 yang kita nak wat; apa yang kita nak. ye ah, ap yang kita nak tu, biar jelas, tepat dan dalam keredaanNya; insyaAllah.

okeh, dan tentu korang pernah dengar hadis (aku bukan ustaz, ilmu pun tak banyak, so takleh quote hadis macam ustaz2; faham2 je la),Nabi cakap, “dalam diri manusia ni ada seketul daging, kalo baek, maka baek seluruh badan, kalo buruk, rosak seluruh badan, maka ketahuilah bahawa itu hati!”. Sendiri Rasul da tekankan, hati yang baek, hasilkan segala yang baek (insyaAllah); daripada hati yang baek itu, terbit akhlak yang baek, dan insyaAllah baek2 suma dlam kehidupan sehariannya; orang hati2 baek ni bila kita tgk die, sejuk je, terasa tenang ngan selamat (insyaAllah); tutur kata yang baek2, bukan caci maki yg jd zikir rasmi; perbuatan sopan, takde nak sepak terajang sana sini kalo tak puas hati; yang boleh tolerate and faham keadaan orang laen sama; bukan diri mcam malaikat, suma da betul, org laen je salah. laen la kalo org yg hati tak elok tu; idup tak senang tgk orang laen, asyik2 nak gaduh, dengki; iri hati dan macam2 lagi (rasanya korang sendiri boleh tgk dan rasa kot, ni nnti kalo keluar mana2, try tgk2).

daripada hati yang baek itu, insyaAllah timbul niat yang baek; dan seterusnya matlamat yang baek. semalam time kuliah ustaz, die menyebut hadis,(Kata Rasul) “orang yg bijak itu, orang yg selalu yg postmortem dirinya dan plan untuk selepas mati; dan org yg paling bodoh itu org yg jadikan hawa nafsu sebagai tuhan”. pointnya ttang visi dan misi; ttang matlamat hidup, yang bg aku datang daripada hati.

haH, da panjang bising2, rasa nak bising lagi, tp tgk la dulu; insyaAllah, sampai sini saja, nak gerak ke Intec da ni; harap2 boleh wat paper japgi. doa2kan kejayaan aku yea~

ap pun, ingat, bak kata ilah, “yang penting, hati!”

till then,
kaito~ 

salam alaik,
ap khabar korang?  moga sehat2 selalu~.
aku? td ad orang tanya on da way nak ke lab, “alhamdulillah, da sehat skit!”
haAH, ari ni, lab paper 3a chemistry, practical chem yg amat senang(alhamdulillah la)~  
hari ni punye lab agak nostalgik, tempat yg aku duduk tu, tempat memula 1st aku duduk bila memula masuk lab time sem 1 dulu~. hehehe. cuma nak ingatkan, ap2 yang ak tulis ni cuma opinion~ bukan fact; huHUh

oh ye, tentang syukur, oh ye zeh; aku tulis ni nak jawab komen ko tu (thanks~)
 ye, mungkin betul apa yg ko ckap, tak mungkin “tak nak”.
bg aku aku melihat suma2 yang subjektif ni, ada certain degree dan suma orang ad penafsiran masing2; kalo ikut istilah stat, continous~; bukan discrete. haAhaha. maksud aku, tak nak itu mungkin degree ketaknakkan die tu 100%, mungkin kita nak, kire dalam .01% pun jd la ek

bg aku, mungkin sesuatu yang aku suka itu, belum tentu terbaek untuk aku; dan aku bersyukur atas apa yg aku telah ada. tapi, itu tak bermaksud untuk kita nak lepaskan usaha, dan cukup sekadar berpuas hati ngan yang kita da; bg ak, mungkin kesukaan or kekaguman itu menjadi satu booster atau pendorong untuk berusaha mendapatkan yg lebey baek., 

ye zeh, kalo tidak dpat memiliki itu, laen citanya. ye, kita ambik contoh tersirat, sebutir permata yang cantik, yang sangat2 indah dan unik, tapi itu memang kita tak dpat miliki sbb bukan milik kita, atau senang ckap, untuk orang laen; maka, kalo kita dapat sebutir permata yang laen, meski tak seindah yg kita suka dan kagum itu, mungkin itu da cukup2 baek dan padan untuk diri kita sendiri. ungkapan feveret aku, “yg sempurna, belum tentu terbaek untuk kita”

yang pentingnya, kita hargai apa yang kita ada, kita bersyukur atas itu. entah, mungkin ak ni datang dari family yang tak berada, terasa benda ni; nak dapat sumthing susah, selalu berada dalam kebanyakkan; tak suka menyusahkan orang, banyak diam, selalu bertolak ansur dan suma2 yang mungkin wat aku lebih tabah. entah. kkdang itu terasa napa la mcam2 ni2, but by in the end, aku benar2 bersyukur ngan apa yg aku ada.
kalo ak dibesarkan ngan cara yg laen, mabye dimanjakan, kaya suma; mungkin consiousness perghargaan, empati, ability nak tolorate aku laen; senang ckap, sumanya laen.

aku sangat brsyukur sudah apa2 yg ada pada aku, dan ap yg telah berlaku, sbb bg aku, seandainya ada peluang kedua untuk ak jalani idup, aku takkan terima, even aku boleh change my life, mungkin jd lebey baek,. bg aku, ap yg aku dpat dalam kehidupan baru tu, takkan sama dengan ap yg telah hilang (yg dpat dalam kehidupan lama); ye la, mungkin sb2 satu peristiwa tu, kita lebey beringat, mungkin kita dapat kawan yg laen, ilmu yg laen dan macam2.
mungkin kalo ak tak lalui suma perit dan payah ni, tak jumpa aku ngan orang2 penting aku, kalo jumpa pun, mungkin tak sepenting sekarang.  

so, bila sumthing yg happen ke, or yg ada kat korang korang rasa tak best, pk2 la; kalo jadi yg laen, sudah tentu best ke? kalo ad benda laen, tentu lebih baek ke? renung2 dan pkir2.
yang penting kita hargai, dan bersyukur.
tp ingat, bukan menutup usaha dengan sekdar brpuashati, tapi menjadi pendorong untuk jd lebih baek. 
pkir2 dan renung~

ckup sampai situ kot, penat aku kene qurantine td. ap pun, td jumaat jugak, kat surau ausmat; aiman jd khatib, kami pun ramai2 solat jumaat pkul 4.00 ptang~ heheeh, memang2 jarang2 nak jd kan?

okeh, moga bermanfaat~
kaito~
3 down, 19 paper to go! 

p/s- still, HANYA MEMUJI, HANYA KAGUMI.

salam alaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik;
(ditulis putus2, selepas balik exam stat,(pkul3.00ptg, penat dan ngantuk!)(…..aku tido…..) yea! 2 down, 2o to go~
ha,(5.20ptang~) selamat pagi? ap kahbar korang? aku tinggal sisa2 selsema lagi ni; alhamdulillah da nak habis~ 

oho~ nape dengan tajuk? tgh pas blur2 jawab exam, terngiang chours lagu “Hanye Memuji” by Marcell (penanyi indon yg ak tak kenal~) hahah, 
                                               “Ku akui tubuhku melunglai
                                                  Sempat kumemuji dalam hatiku
                                                Jangan pikir aku kan mencinta
                                               Ku hanya kagumi, hanya memuji”

 

dan aku terpikr, pernah tak, korang suka @ kagum ngan sumthing@sumone?(ek, boleh dikira ke?) , tak pernah pun nak harap untuk memilikinya?

ha? ini pun hal2 yg kkdang aku terpkir, ntah; mungkin xpenting pun, tapi boleh kongsi~
haaAh, ada kan suatu hari, bila kita jalan2 ke, ternampak sumthing yang cantik ke, yang indah ke; maybe yang unik dan laen skit ke, most likely kita akan kagum~ tapi belum tentu kita nak.

sebab benda yang lebih elok tu, mmg cantik dipandang, tapi belum tentu terbaek untuk diri. kkdang benda yang kita da ada, meski tak seindah atau secantik yg dikagumi dan disukai itu, sudah elok, padan dengan kita. pernah kita terpikir tak? contoh2, handphone la, bg aku selagi boleh call, terima msg; itu pun da kira puas hati, yang laen2 tu just tambahan je; tp kkdang tgk hp mahal2, ad function2 power, setakat kagum je la, suka; tapi TAKNAK pun~.

ye, mungkin, suka. suka? ye la, bg aku, suka itu suka je, senang, dan boleh terima kewujudan sesuatu atas adanya seadanya . itu saja. ckup itu saja.macam ustaz ridha selalu ckap, “setakat tu”.  takdenya nak ada2 minat, simpan perasaan dan taruh hati, takdenya~  🙂 hu~

insyaAllah nnti ak sambung lagi pasal ni, nak sambung study lab esok. doa2kan kaito~

ye, ku hanya kagumi, HANYA memuji!~

moga bermanfaat~

kaito~

salam alaik~

post pendek dikala blur~

esok ad paper statistic; pkul 1.30ptang.
blur, taktau nak study pa. dah habis2 baca; da tgk2 formula; tinggal nak wat balik paper je~
so, nuthing in my mind. sekadar kekosongan; blur~.

eh, sesiapa yg dijemput ke sini~ doa2kan saya esok. insyaAllah. tgh blur ni~ 

kaito~

salam alaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!.

huhuhu (penat dari dewan tadi, baru habis paper 1st; biology 3w1, written alternative (practical) 5.40pm-7.00 pm) ap khabar korang? sehat? ntah la, tak tau nak tulis pa, bising2 sket.

of course penat, exam da start; even study betul2 pun ad careless lg. haish, besa la manusia, kalo Allah tak bg tu, wat pi la hebat mana pun; balik2 kita usaha, Allah yang tentukan. ha, so 1 paper d0wn and 21!!!! to go!. insyaAllah kejap je tu; pejam2 celik habis la.  haAH, seronok musim exam ni, selalu bertengkar ngan musyuk, hahAhah, tengkar sbb ilmu; bukan saja. alhamdulillah, takde nak muncung2 pas tengkar.

eh2, hidup ni pun satu exam, entah, aku pernah ckap ini kat musyuk, 
pas malam bfore die practical chem (grup 1 monday); kami ad sembang2 skit, pasal tu wat betul2 ak sayu. terasa Allah nak uji lagi, pas satu, satu. kkdang tu tak tertanggung. kkdang tu sampai bingung. tp Allah sure tau ap yg lebih baek.esoknye, dengan sayu2, takleh connect tenet, nak wat keje pun takleh, tensen banget! ak msg musyuk, “Ak xleh cnnect. Ntah. Biar la. Mcm2. Ujian2. Hdup ni pun satu exam, lbh besar, lg besar. :-)” . masih gagah nak senyum. takde, itu mukhadimah je, penting xbrapa penting pun.

isinye, teringat bila ustaz ridha ckap gitu, “hidup kita ni pun exams; on the way kita nak balik umah (syurga). kalo kita berjaya, insyaAllah sampai; kalo tak, tersesat sampai neraka” (err, sesapa nak tau lebey boleh gi web ustaz http://ridhauddin.wordpress.com/)

haAh, ujian Allah ni macam2, sehat tu ujian, sakit pun ujian. kaya, miskin, berjaya gagal, kalah, menang tu suma ujian. Allah nak bg, nak tgk kita camne trima suma tu; sama ada terus syukur n  dekat ngan DIA or jiwa kita goyah berpaling terus dari DIA (nauzubillah). yang penting, kene reda dan rela terima; harap moga Allah ringan2kan selalu.

ha, habis pasal exam (tp exam ak tak habis lagie~) macam2.
entah td, time aku makan skit, sambil wat last dicussion ngan musyuk; alhamdulillah, bila Allah tunjuk janji DIA. (apa? heh, mana bleh cita; ngeh2). syukur sangat. meski dalam sedih2 sayu pun;  terubat sket.
bg aku, insyaAllah, belum sampai masa lagi. so yang penting, kene prepare betul2, aku pun tak banyak masa lagi. (eh, kalo korang tak faham aku tulis ap, sori la. tgk2 post sblum ni). 

tadi past exam gi tmankan khai jumpa pn. rita; katanya mangsa2 pmc ni, bukan jpa taknak bg poland, maybe dia tak ckup budget, dan rilek dulu. aku terdiam lagi. diam. xtau nak ckap pa. biar la, bg habis a-level dulu. pa2 pun sedey gak, mungkin kene berjauh ngna orang2 penting aku kat sini, musyuk, zur, etc. :p

oh ye, selsema aku pun tinggal sipi2; pkir2 terasa jugak la hilang nikmat sihat; baru nak hargai. ntah la, itu la manusia kan? hehEhe, tp time dalam bus, sementara tunggu nak gerak (pas tu kene tukar, ala, besa la bus intec) terpkir, “hujan. sangat lebat. tapi, sesiapa yang tak pernah berhujan, tak tau menghargai nikmat matahari”. ngEeE

ckup2, nak rest, maybe tido kot~ (awainye, huHU, letey aH)

semoga bermanfaat (ada ilmunya, pandai2 korang pilih)

kaito~

 

 

salam alaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

 

a-level minggu depan, so ini maybe last entry hari2 aku. ap khabar korang?

aku selsema lagi, haAHahahAHaha.

hari jumaat ni agak letih, besa la; ngan solat jumaat ngantuk petang2 ni, nak tido da lewat petang da.

heh, tadi tgh2 lepak2 time discussion teringat ini, haAH, pasal cita2 dan cinta.

 

dah nak a-level esok lusa, wat ak terpikir, da hujung prepraration ni, ap motif aku nak wat medcine ek.

macam2 orang aku jumpa, masing2 ada alsan sendiri, jawapan yg paling skema, “nak tolong orang”, tpi orang laen cakap, “kalo betul2 nak tolong orang, wat bussiness, kumpul duit2 banyak2, bg kat org yg perlu”. macam2. ada yang betul2 minat medcine, alhamdulillah; ada yang mak ayah suruh, ada yang nak cari nama ngan duet, macam2 la. hah, itu orang, aku?  eh, heheheh.. aku plak?

 

entah, bila dr2 tanye time attachment dulu, bluuuur gak nak ckap, nape ek? haAH, memula dulu, aku blur, lepas2 sejak dapat result spm(alhamdulillah, ckup syarat) , tak pernah2 nak pk pun jd ap, even dr. mak ak pun ad2 ckap, tringin nak tgk anak dia jd dr., tp apa2 pun tak kesah. nak ckap minat? aku lebih minat pasal2 komputer, pasal2 self-building, baca komik suma2. haAh, rasa2 time tu, aku pilih medcine sbb aku rasa, gift yang Allah bg kat aku ni(alhamdulillah, cepat blaja skit), better aku guna untuk orang laen. but then, still blur, even takdak matlamat nak wat medcine ni.

 

 by time, bila da 2 tahun kat intec ni, dah jumpa ramai orang, dah belajar dan kene basuh macam2 dan kene diskriminasi time pmc interview; baru dpat kesedaran skit, nak jadi dr ni bukan keja mudah, bukan maen2; tapi terasa terpanggil.aku pilih medcine ni, bukan sebab orang laen dah, bukan sebab sesiapa, tapi kerana Allah, untuk diri aku sendiri, untuk masa depan aku sendiri. ak yang telah reda dan rela hati, kalo sesukar dan sepayah mana pun segala ranjau dalam perjalanan ni, insyaAllah, aku sanggup. insyaAllah, tekad aku, by 2015, aku sorang doktor melayu muslim yg berjaya. 

 

itu cita2, pa kes cinta ni?

ha? eh, ha? aku bukan tau sangat pasal ni, bercinta pun tak penah. (ye, TAK PERNAH, lagi :p)

takde2, ini bukan pasal cintan cintun bergayut3(monyet) tu, takdenye. aku tulis ni, maybe nak dedicate kat sesapa yang berkenaan,ntah, sapa2 la. cinta kat sini luas, boleh jadi kat mak ayah, adik beradik, sedara sepupu, sahabat2 rapat dan sesapa yg berkenaan, (kuceng ke, mcm Collin tu, ye tak ana?:p) mungkin ad yg terpaksa korbankan dirinye untuk buat ap2 yg dia tak brapa suka, tapi, mmg, aku sendiri admit, mmg tak best. tapi, try kita cuba suka ap yg kita tak suka tu, mungkin itu lebih baek, mana tahu kan? maybe Allah sendiri gerakkan hati kita untuk itu.(haish, banyak benda yg aku nak tulis lagi ni)

 

mungkin, kadang2 kita berdepan ngan 2 pilihan yang betul2 kita hanya boleh pilih salah satu, ap yg aku belajar, “buat la pilihan yang terbaek, dengan sebaik dan sebijak2nya, meski ada pihak yang terluka(termasuk diri kita sendiri)”. so? maybe atas kasih dan sayang kita kat orang laen tu wat kita kkdang terlupa dan terleka tentang diri, mungkin. mungkin bg kita, kegembiraan mereka itu lebey penting, maka kita mengikut kemahuan mereka dan jadi tak epi. haish, susah la kalo tak hepi. so camne nak epi? lupakan pasal kemahuan kita yg tak dapat tu, watpe nak pkir lagi kao kita da wat benda laen, dan jadikan ap yang kita wat tu, walaopun kehendak diorang (e.g ibubapa) sebagai kehendak kita sendiri, shiftkan kemahuan kita, by that, insyaALlah, kita akan senang dan tenang nak teruskan dalam apa2 yang kita wat.

 

haAH, ye, ntah la, even aku sendiri dulu, memilih masa depan daripada diri sendiri. even terpaksa wat org laen terluka, tp itu untuk kebaikan die sendiri, walopun ak terkesan.

tp alhamduillah, yg aku tau, ap yg aku pilih time tu, 2 tahun lepas, tak sia2. yangpenting, bila buat satu2 pengorbanan ni, memang pahit, tapi, insyaAllah, doa2kan supaya ap yg kta beri tu tak sia2. (cerita ni ad kene mengena?)

 

hah, satu lagi, maybe pasal kecewa, entah; teringat time sedey2 bila tau result pmc, kata Nad, my classmate, “Ucaplah INNALILLAHI WA INNA ILAHI RAJIUN apabila ditimpa musibah nescaya Allah akan menggantikan musibah itu dgn sesuatu yg lbh baik” 

aku sedih? maybe tak sbb kecewa selalu, berulang2 kali sampai tak terasa apa2. kata orang ap? “alah bisa tegal biasa”? dah imum. mungkin kecewa dulu wat aku diam, wat aku membesar, alhamdulillah; so, sbb kecewa lagi aku belajar, dan sebab kecewa lagi aku menulis blog ni, nak berkongsi ngan sesapa yang sanggup nak ambik ilmu bahawasanya kekecewaan ni bukan satu mushibah, tapi hadiah.

tak caye? sapa yg tak fkir panjang mmg, tgk masalah sebagai masalah. tapi sapa yang sanggup renung2 pkir2, insyaAllah. aku hairan bila tgk dua tiga orang kawan aku, yang asyik2 merancau2 bila tak dapat; aku pun tak dapat, sedih. tapi sedih setakat sedih jela. esok lusa bergelak balik, dalam2 gelak pun ad ingatan. ntah, bg aku, Allah nak uji ni, Allah nak uji. terasa Allah nak uji nape aku nak jd dr, boleh tak ak terima bila tak dapt ap yang aku nak, still ak teringat bila ak sembang ngan zur(antara orang2 penting ak kat intec), 

 

faizur838 (4/1/2008 9:09:58 PM): kalo ty ak

faizur838 (4/1/2008 9:10:05 PM): cmne ak cure myself

faizur838 (4/1/2008 9:10:14 PM): ak ty blk niat ak

faizur838 (4/1/2008 9:10:32 PM): ak mmg nk amek mdc ker

faizur838 (4/1/2008 9:10:37 PM): ak nk g ireland

faizur838 (4/1/2008 9:10:48 PM): to b honest

faizur838 (4/1/2008 9:10:50 PM): dua2

faizur838 (4/1/2008 9:11:04 PM): tp kalo bt rankin

silent_1412 (4/1/2008 9:11:17 PM): ye?

faizur838 (4/1/2008 9:11:39 PM): medic 1st

faizur838 (4/1/2008 9:11:46 PM): ireland 2nd

faizur838 (4/1/2008 9:12:03 PM): tp kalo tgk mdc je…

faizur838 (4/1/2008 9:13:01 PM): ireland will gv u a lot of bnfits la

silent_1412 (4/1/2008 9:13:12 PM): yUp. insyaAllah.

faizur838 (4/1/2008 9:13:15 PM): no doubt

faizur838 (4/1/2008 9:13:46 PM): tp it doesnt mean yg len x ok

silent_1412 (4/1/2008 9:14:12 PM): ak faham; ak reda.

silent_1412 (4/1/2008 9:14:18 PM): tp as human, mmg.

faizur838 (4/1/2008 9:14:38 PM): xpe la

faizur838 (4/1/2008 9:14:52 PM): kalo xde rzki bt dgree kat irelnd

faizur838 (4/1/2008 9:15:32 PM): bt mster kat sn

faizur838 (4/1/2008 9:15:52 PM): insyaAllah

silent_1412 (4/1/2008 9:16:20 PM): insyaAllah.

 

tabik aA kamu zur! respect2. matang betul dia, bila ada prob coOL je, huHUh, tak sesia die jd counselor rasmi aku kat sini, heh. :-p

 

hah, so? ntah, td tertido, skrang baru bangun, bluuuuuur lagi. lagi la blur, japgi nak study stat kot. yg musyuk punya list tu pun tak habis lagi, kene tgk2 balik,, sebelum nii terkejar2.

ei, ari ni, tetamu dari jauh, ina, thanks sudi datang, dah 3 tahun tak bersua, (ye, dari 2005, nape? xcayee?) pasni, tatau la bila pulak nak bersua, pasni, insyaAllah, dr. Amalina Anuar la ek. hehe, insyaAllah. 🙂 heh, baru bangun tido, hingus2an ni pun da kurang, haip2 tanda2 nak sembuh da tu, alhamdulillah, okeh, rasanya sampai sini, tak seberapa sangat sebb tullis2 stop, tulis2 stop sebb internet cemara tgh teruk aA, hai, tensen betul.

 

okeh, cukup2, semoga bermanfaat~

kaito~

p/s-doa2kan aku, a-level esok lusa. jumpa nnti, dalam gap2 cuti a-level, insyaAllah. take care, thanks for ur support.

 

salam alaik, 

haish, kaito selsema lagi; tak study banyak, A-level 3 days to go. dekat, dekat sangat.

hari ni otak sangat slow, blur. makan pun rasa tak rasa; study pun masuk tak masuk. ujian2.
so, ari ni, xdpat nak bising panjang.

tadi makan ngan musyuk skali klasmate dia, diorang ad2 sembang pasal sorang mamat ni,
katanya, dia selalu wat lawak bangang2, bagi sakit hati orang; pastu mintak maaf, then wat lagi.

panas je diorang 2 ekor tu. 

haAH, aku diam je, nak kipas pun takleh, even ak pun tak lepas nak bernafas. (idung tersumbat).

tapi, pkir2 kan, haAH, kalo manusia pun orang buat salah, da janji taknak wat lagi. pastu, ilek2 je wat lagi, tensen gak kita. haAH, kita. itu baru kita. tetiba pkir ak banyak salah ngan Allah, mintak taubat ampun, pastu tak berdaya menahan diri, tentu murka Allah amat besar, (ya Allah, ampunkan aku)

ntah la, aku harap cukup2 la, insaf2. aku tahu Allah tu Maha Pengampun, selagi tak kiamat, janjinya tak tertutup pintu taubat. InsyaAllah, moga segala taubat aku diterima.

okeh, itu satu, kalo kita da wat salah ngan orang tu, dah janji taknak buat; jangan la wat. sekali sekala tu mungkin orang tak kesah, tapi kalo berkali2 itu, agak2 aaA.

pastu blur3 tadi. malam tadi aku msg sorang klasmate, 
 “Jom g kfc!”

katanye,
 “Ok..hang trun hang sggh bilik ak dlu ar..nk solat sat”

ye, aA, tgh2 selsema ni, mgidam mesh potato plak, (eh ad ke mngidam2 ni?)

kami pun gi, makan2, macam besa, dia banyak kesahnya,
mungkin itu yg spesel pasal die, ilmu banyak, lepak2 boleh dpat ilmu terus or tak lansung. 

no2, ap yg kami makan, tak penting, cuma ada satu terkesan yg dia cakap,
katanya, “kaito, ko tau tak, kalo “orphanage” ni, pandangan orang kt diorang ni 2 je, sama ad budak tu jahat, so budak tu baek (maybe sebab diorang tak membesar dengan parent)”

aku diam, sepi. taktau nak komen apa. mungkin ya, ad pandangan masyarakat kat diorang macam tu, tapi dalam Islam sendiri, kita diajar untuk mengasihi anak2 yatim. Nabi kita sendiri pun sayang kat anak2 yatim sbb baginda sendiri pun anak yatim, (ya Rasulllah, aku merinduimu, amat).

dan satu lagi yang agak terkesan,
bila dia cakap,

” kita tak akan tahu kasih sayang Allah, selagi kita tak kenal kasih sayang manusia. tgk, kenapa Allah suruh kita kawen? bila kita kawen, kita dapat rasa kasih sayang dari manusia laen (suami/isteri), baru kita faham and sayang mak ayah kita, baru kita rasa bersyukur dengan kasih sayang Allah”

lagi aku sepi. haAh, betul jugak, mungkin itu salah satu yg dpat ak blaja ari ni. heh, mamat ni.
nak komen ap? aku ni jenis memang tak ckap banyak, tetambah blur selsema ni, rate of understanding menurun mendadak. huHuhHU. moga korang pkir2kan, sbb ak sendiri lambat lg nak kawen ha, calon pun takde agi. huHuhUhu.

keh, td dah brapa orang bising2 suruh rest, mntak diri dulu. suma yg baek tu suma darpd Allah, yg buruk tu, tentu ak sendiri yg lemah lg hina.

moga bermanfaat,
kaito~ 

November 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Top Clicks

  • None

Top Posts

Recent Comments

ummu on sampai sini dulu~
aNNaFiRa on sampai sini dulu~
ummu on exams, susah ke?
aNNaFiRa on exams, susah ke?
aNNaFiRa on malam ini hujan~

Jejak Tamu

  • 661 hits