You are currently browsing the category archive for the ‘Agama’ category.
salam alaik;
ini mungkin sembang pendek, sementara lepak2 nak tunggu isyak.
ha ap khabar korang2 suma?[eeer, kaito, ad ke orangnya?:p-KeN] sehat? harap2 sehat selalu; luar biasa dan hebat selalu. aku tak brapa sehat, haish, nak dekat2 a-level ni la selsema nak datang, takpe, sabar2 itu kifarat daridp Allah. insyaALlah.
hah, kalo nak, boleh.
takde, hari ni, sedap2 lepak; teringat2 pesan orang2 lama. (ye, lembut sikit, kalo org tua2 plak, ad yg ehem nnti; eh gurau je).
“hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih“
ha, so? ye2, macam la korang tak blajar peribahasa melayu kat skolah ek. tahu2.
takde, ap yang aku nak sembang, tringat tu, kita boleh dapat ap yang kita nak, kalo kita sanggup usaha. haAH, usaha. usaha pulak tu, biaq la kena cara hangpa oi, jangan dok shortcut sana sini; biaq dalam reda Allah.
pas2 usaha tu, tawakkal, serah kat ALlah dan banyak2 berdoa; insyaAllah. kalo DIA tau benda tu baek kat kita, dapat la, tapi, kalo tak dapat tu, jangan frust menonggeng, tak betul sana sini. tenang2. tenang adik, abang, akak2 sekalian. mungkin ALlah pending dulu, mungkin tak sampai masa lagi DIA nak bagi tu. DIA lebey tahu ap yg baek, ap yang elok untuk kita (dan ak sendiri, heh.)
haAH, ap lagi? takde, apa2 pun, kalo kita nak dpat, or nak2, hendak apa2 la, score exam ke, master subject yg kita xtau ke, dpat rumah besar ke, apa2 pun kita bermula dari diri kita, dalam diri kita.
hah, apa? NIAT dan MATLAMAT. itu penting. sangat penting. kalo kita nak sumthing, aim sunmthing, niat2kan selalu dan jelaskan matlamat kita, insyaAllah, matlamat dan niat itu, secara tak langsung menjadi doa. ada faham? doa. tgk2, doa ni bukan pas sembahyang je, bukan nak bukak majlis, or nak makan ja. konsep doa itu lebih luas, insyaAllah. niat tu pulak, kene la tele dengan syariat, insyaAllah, baru Allah nak perkenan. Matlamat pulak biar jelas, tepat dan jitu, biar realistik, contohnya, (eeer ap ek?) “Aku nak jadi jutawan dalam bidang farmaseutikal dalam tahun 2015, insyaAllah”, or, “Aku nak master anatomi, histologi, farmakologi by end of this 1st year, insyaAllah”.
bila kita ad matlamat yang jelas, baru kita ada kesedaran dan ingatan untuk berusaha mencapainya.
bahkan, bila kita selalu ingat niat dan matlamat yg jelas ini, secara tak langsung penyakit2 yang malas dan sama waktu ngannye, nak buang masa ke, lepak2 kosong ke kita jauhi, insyaAllah.
apa pun, think positive. mungkin dengan matlamat dan niat tu, kkdang kita masih blur, masih gagal. apa pun, think positive. think positive. kalo kita pikir yang baek2, insyaAllah yang baek2 itu akan datang kat kita. kalo kita taknak sumthing yang buruk, jangan pikir langsung pasal tu; senang2 bersangka baek.
hah, nape tetiba jugak ak bising2 pasal ni? tadi pagi, singgah kat blog ana (:P), terbaca dalam entry dia, surah Insyirah(LAPANG),
ini maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
hah, kita tgk ayat 5-8; betul tak ap yang aku cakap memula tadi? Allah sendiri da janji.
okeh, da sampai isyak, nak turun surau dan ceramah, insyaAllah.
salam~
kaito~
A-level 5 days to go and counting!
ISLAM merupakan agama yang membicarakan pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada dalam hal ehwal kerohanian, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Kesemua aspek ini perlu diamalkan oleh masyarakat Islam jika mereka ingin menjadi satu masyarakat yang terbaik di dunia.
Setiap individu Islam perlu menggabungkan kesemua aspek ini dalam kehidupan seharian mereka. Jika salah satu daripada aspek ini diabaikan, mereka tidak akan berjaya membentuk satu masyarakat yang ideal.
Para pemimpin dan pentadbir merupakan orang yang berwibawa dalam masyarakat. Jika mereka tidak prihatin terhadap peraturan dan disiplin dalam kepimpinan dan pentadbiran seperti mana digariskan oleh Allah dan Rasul maka mereka boleh menghancurkan umat, agama dan negara. Ini adalah satu dilema negara Islam masa kini.
Masa kini kepimpinan dan pentadbiran lebih dijuruskan kepada aspek kekuasaan, kebendaan dan kemegahan daripada memahami hubungan dan prinsip sebagai pemimpin dan pentadbir.
Kekuatan diri dalam mengimbangi kehendak hawa nafsu dan tuntutan agama ketika memimpin dan mentadbir adalah tipis dan mudah terkulai apabila didedahkan dengan keistimewaan kebendaan sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan maruah diri dan kehancuran negara.
Pelantikan pemimpin dan pentadbir kurang diteliti dan dikaji secara mendalam seperti yang digariskan oleh Allah dan Rasul. Sikap terlalu angkuh dengan kekuasaan menyebabkan individu yang menerajui organisasi mendabik dada menonjolkan kehebatan diri sehingga terkeluar daripada batasan keperibadian kepimpinan mengikut perspektif Islam.
Sikap kurang peka kepada sistem syura iaitu mengambil keputusan dalam pelantikkan pemimpin berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli yang berwibawa merupakan salah satu faktor utama yang melemahkan sistem kepimpinan Islam.
Sikap “aku mempunyai kuasa dan bebas melantik sesiapa aku suka” amat merbahaya mengikut perspektif Islam dalam kepimpinan organisasi. Sikap ini boleh menggugatkan konsep demokrasi seperti dilaungkan oleh Islam.
Organisasi bukan hak milik individu tertentu tetapi ia adalah hak milik keseluruhan masyarakat. Konsep ini perlu ditanam dalam sanubari setiap pemimpin.
Dalam sistem kepimpinan dan pentadbiran Islam setiap pemimpin yang akan dilantik perlu dikaji keseluruhan aspek keperibadiannya, termasuk sikap beliau terhadap masyarakat, kebijaksanaan, ketekunan, keimanan dan kezuhudan.
Jika ciri-ciri begini diabaikan maka kepimpinan beliau adalah pincang, lemah dan mudah dihancurkan oleh musuh Islam.
Pemimpin Islam ada yang kabur dalam pemilihan pemimpin dan pentadbir akibat daripada keegoan yang tinggi sehingga terlupa pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi Allah kami tidak akan menyerahkan pangkat ini kepada sesiapa yang memintanya, atau kepada orang yang mengharap-harapkan.”
Kebanyakan pemimpin Islam masa kini lebih menjurus kepada perkara yang dikutuk dan disumpah oleh Rasulullah. Sikap kegilaan kuasa dan pangkat serta cara pelantikan mereka menjadi bahan kritikan dan kutukan masyarakat.
Persoalan yang sering bermain dalam minda masyarakat masa kini ialah sejauh manakah keimanan seseorang pemimpin itu dalam menerajui kepimpinan? Cara mereka memimpin dan menerajui negara lebih mirip kepada unsur-unsur yang meragui pemikiran rakyat sehingga kesabaran mereka terhadap sikap para pemimpin tidak dapat dibendung.
Setiap pemimpin Islam perlu menghayati pesanan Rasulullah dalam urusan tanggungjawab kerana tugas pemimpin dan pentadbir mempunyai hubung kait dengan kehidupan di hari akhirat. Sabda baginda yang bermaksud, “Semua orang yang diserahi tanggungjawab oleh Allah atas rakyat lalu ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya itu, nescaya syurga itu akan haram baginya.”
Persoalannya ialah sejuah manakah pemimpin Islam menghayati sabda baginda dalam hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran untuk dijadikan sebagai panduan ketika memimpin dan mentadbir negara. Perkara seperti ini sepatutnya direnung oleh kesemua pemimpin dan pentadbir supaya kehidupan mereka diberkati oleh Allah di dunia dan berada dalam keadaan aman di alam akhirat.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Recent Comments